Feed on
Posts
comments

Saya cuba buat-buat lupa..

Abaikan dari kotak fikiran saya..

Akan tetapi, saya manusia biasa.. seribu daya saya cuba untuk menolaknya ke tepi..

saya akui hati saya tetap terguris.

Bangsat sangatkah apa yang saya lakukan sehingga dibenci..

Celaka sangatkah akhlak saya sehingga saya tidak layak dimaafi.

‘If I did shit to someone, I’m sorry…’

Saya benci mengucapkan maaf. Seolah-olah maaf itu murah nilainya. Semudah saya melukakan hati orang lain, dan semudah itu saya berharap agar dimaafkan..

Saya tidak mahu mengambil enteng nilai maaf..

Secara jujurnya, saya tidak mahu berdendam dengan sesiapa. Hidup terlampau pendek untuk saya habiskan dengan mencelakakan hidup yang lain.

Biarpun saya disakiti, saya mahu lupakan.. sekadar meminjam sifat Al-’Affu milik Tuhan.. Tuhan yang mengampun berulang-ulang kali terhadap kesalahan hambanya..

Saya tidak tahu apa yang tersirat dihatinya di tika ini, tapi untuk saya. Saya tiada dendam.. Bagi saya, urusan saya dan dia sudah selesai.

Ada yang bertanyakan saya,

‘Kenapa mahu jadi cikgu?’

Saya bertanyakan kembali,

‘Kenapa?’

Jawabnya,

‘Tak rugi ke? Cikgu kan study oversea, lepas tu jadi cikgu je!’

Mukanya penuh minat menunggu jawapan.

Saya tidak pasti persepsinya terhadap golongan seperti saya. Oversea’s graduate yang mungkin biasanya memenuhi ruang karier profesional dan glamour. Bukan tersadai di bidang perguruan.

Tetapi yang saya tahu, saya ada jawapan yang pasti mengapa saya berada di sini.

Saya sedang memenuhi tanggungjawab saya. Memberi apa yang harus saya berikan.

Dan saya sedang memenuhi sebahagian impian saya. Saya sentiasa mahu jadi guru.

Saya percaya nilai hidup terletak pada memberi. Dan pendidikan membuka ruang itu untuk saya.

Dan saya harap saya tidak silap memilih ruang.

Sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun yang akan datang. Sebelum saya mengorak langkah mengejar impian saya yang lain.

Saya khuatir dengan 2 situasi, yang mana sekiranya ia berlaku, saya rasa saya patut meninggalkan bidang ini. Saya tidak layak lagi untuk mendidik.

Dan 2 situasi ini, saya mahu simpannya sendiri.

Entri ini untuk si dia. Sahabat rapat saya di UK.
Saya berkesempatan berbual dengannya setelah berbulan gagal mencuri masa dan ditemukan kesempatan.



Dia depress.

Situasinya mengingatkan saya akan tahun terakhir saya di UK. Sukar meneruskan langkah apabila memikirkan projek akhir tahun yang entah ke mana. Peperiksaan yang bakal tiba. Manusia-manusia di keliling yang sibuk dengan hal masing-masing.


Masih saya teringat. Saya menerima tugasan dengan hanya seperenggan arahan. Daripada seperenggan itu, saya menggali dan menggali sehingga terbina sebuah litar yang memungkinkan saya untuk menangkap frekuensi yang maha rendah. Dan dengan litar itu saya ke padang, menangkap signal di persekitaran. Dan signal itu diproses, untuk mencari frekuensi asli Bumi, serendah 8Hz.

Frekuensi asli Bumi yang wujud sebahagian dari ketetapan Allah. Yang sekiranya diganggu, mampu menjadikan manusia murung, runsing, rimas.


Dan rakan-rakan di sekitar saya. Mereka semua sibuk dengan komitmen tersendiri. Sukar untuk melapangkan masa untuk dilaburkan bersama yang lain.


Dan saya juga takut. Memikirkan masa depan yang akan saya tempuhi. Mencari apakah yang saya mahu.


Saya mengaku. Tekanan-tekanan ini membunuh saya dari dalam. Saya mengalami depressi.

Depressi yang membuatkan saya mengurung diri. Mengelak dari bersosial. Melarikan diri dari menghadiri acara-acara sosial di sekitar universiti.

Depressi yang membawa saya ke taman, melihat hidupan. Mencari damai.

Depressi yang membawa saya menyusuri jalan di bandar, tanpa arah tuju. Mencari makna yang hilang.

Depressi yang membuatkan saya menangis, kerana tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

Dan menyedari betapa ‘pathetic’ hidup saya ketika itu. Saya paksa diri untuk memasak makan malam hampir setiap hari. Supaya saya boleh hasilkan satu ruang untuk bersosial. Berbicara dengan rakan-rakan serumah saya. Walaupun hanya untuk 10 minit. 10 minit sudah memadai, agar dapat kami bertanyakan khabar antara satu sama lain. Agar kesedihan saya diisi.


Kembali kepada sahabat saya. Ujiannya lagi besar.

Dia kehilangan ayah tersayang baru-baru ini. Dan saya tahu, penat jerihnya didedikasi untuk ibu dan bapanya. Mahu membalas budi. Mahu menjadikan mereka gembira. Tapi, malang Tuhan lebih menyayangi ayahnya.

Dan dia terasa kosong kerana harapan itu telah diragut pergi.


Dan dia kehilangan kami. Dia bersendirian di UK kerana saya dan rakan-rakan meninggalkan UK sejurus tamat tahun ketiga kami.

Masakan tidak meninggalkan kesan apabila kehilangan ’social security’. kami memasak bersama-sama, shopping bersama-sama, bersiar bersama-sama, pendek kata kami menjaga antara satu sama lain.


Dan tekanan belajar. Sentiasa ada. Kerana tiada yang mudah.


Dan untuk sahabat saya ini. Dengarkan ya…..

Saya mohon untuk dia bertahan. Saya sudah bersama-samanya dengannya semenjak lepasan SPM. Dan acap kali, kami berkongsi aspirasi hidup kami. Dan saya tahu, dia mahu lakukan banyak perkara sebelum menutup mata.

Jadi saya mohon, bertahan. Jangan sia-siakan usaha selama 6 tahun hanya kerana gagal untuk mengawal situasi untuk 2 bulan terakhir ini.

Dan sekiranya dia rasakan hidup ini sukar, percayalah ianya tidak akan menjadi lebih mudah dengan peningkatan usia.
‘All you need to do is be stronger and fight back.’
Kumpul kekuatan dan lawan kembali.


Tidakkah Allah berjanji dalam Surah Al-Insyirah,
‘Sesungguhnya dengan kesukaran akan datang kesenangan’
Dan Allah ulangi lagi
‘Dengan kesukaran akan datang kesenangan’

Saya minta dia percaya akan janji Allah, akan terdapat keindahan dalam kesukaran. Maka, bertahan.


Dan tidakkah Allah juga berpesan
‘Tidakkan akan dibebankan manusia akan beban yang tidak tertampung olehnya’

Dan dia sebenarnya lebih kuat dari yang dia percaya.



Dan untuk si dia. Saya akan bersamanya. Walaupun jauh di sini. Dan saya mahu dia tunaikan impian-impiannya yang dia mahu capai. Maka, bangun dan kejar impian anda. Bangun Hajar!! Bangun!!



P/S : Rupanya dahulu, bukan saya seorang yang depressi. Ada juga rakan-rakan saya yang lain yang mengalami sindrom yang sama. Sehingga ada yang menulis di kertas dan di tampal di tingkap luar ” I’M NOT A LOSER “, yang setiap kali melintas di hadapan rumahnya akan dapat dibaca.

Ohh ohhh..

Hari ini hari lahir mak saya. Yang ke-5* (angka belakang rahsia).

Untuk mak!! Selamat Hari Lahir.. Uh sayang mak. Sayang Terlampau.

“Siapa sayang emak dia, angkat tangan?”

Saya!! Saya!!

***************************************************************

Pernahkah anda semua lihat dan renung muka ibu ayah anda? Tengok dalam-dalam. Biasanya saya tengok curi-curi, sambil sambil borak atau makan bersama-sama saya perhati.

Rupanya mereka sudah tua.

Dan wajah-wajah yang kadang kala saya ‘take for granted’ ini rupanya sudah menongkat dunia lama.

Bayangkan satu pembaris pendek , mungkin usia mereka sudah berada pada senggatan inci ataupun sentimeter yang terakhir. Yang pasti, mereka takkan hidup untuk menongkat dunia.

Waktu muda-muda, selalu saya lawan cakap mereka. Biasa la, zaman remaja, keras kepala. Suka memberontak! Semakin usia saya bertambah, semakin saya rasional. Perlahan-lahan menjadi lebih tenang.

Dan semakin saya sedari, masa semakin suntuk. Dan saya, anda, kita semua, harus memulangkan hak yang dipunyai mereka.

Kerana saya tidak mahu mereka pergi

dan saya berputih mata.

P/S :

*Kecil-kecil dulu mak saya pernah kurung saya di luar rumah pukul 11 malam. Saya  yang emosi bergaduh telah menumbuk mata adik perempuan saya.

** Mak saya juga selalu kejar saya dan kakak saya waktu Maghrib, suruh masuk rumah dan mandi. Maklumlah zaman kanak-kanak Ribena, kalau keluar main tak ingat nak balik. Maka saya dan kakak saya akan berlari keliling rumah, takut ***dirotan. Dan kami akan bersembunyi di ruang rahsia dan tunggu sehingga line clear baru keluar.

***Rotan ini, kami selalu sembunyikan, campak atas almari tinggi-tinggi. Biar mak tak jumpa!! Hahaha!!

Closing Chapter

Hari ini..

secara rasminya, saya mahu menutup chapter saya.

Chapter bersama STF.

Maaf semua.

Saya harus melepaskan anda pergi. Kerana saya rasakan saya tidak dapat maju dengan terus memandang ke belakang.

Saya ada hidup yang harus saya teruskan, tanpa anda semua.

Bayangkan sebuah ruang kecil dalam hati.

Saya sudah isikan dengan kenangan saya di sana.

Sekarang saya mahu ’seal’, ’stamp’ dan ‘bury’ ruang itu jauh jauh di suatu sudut.

Because clinging to the past is painful.

Dan saya harus melepaskannya supaya saya boleh bebas.

Maka terbanglah kalian semua.

Dan izinkan saya mengorak langkah baru.

Dan doakan saya akan temui apa yang saya mahu.

Hari ini saya pergi jalan-jalan.

Cadangnya hendak ke Landmark IT Mall. Shopping menggembirakan hati.

Maka seorang sahabat ‘vogue’ yang gemar memakai cermin mata lalat memandu.

Alkisahnya, kami tak tahu jalan ke Landmark. Tiba-tiba di pertengahan jalan, kami ternampak Menara Landmark.

Yeay!! Jumpa akhirnya…

Akan tetapi… Cesss!!!

Masalah tidak selesai.

Menara itu dekat di mata, tetapi tidak di tayar kereta kami. Tidaklah kami berjumpa jalan masuk ke sana.

Ohh.. inilah yang orang panggil perancangan bandar tidak teratur. Jalan bersimpang-siur. Destinasi depan mata, tapi x jumpa jalan nak ke sana.

Kami kecewa. Terus memandu  ke Danga City Mall.

Nasib baik saya happy sangat ke DCM. Ada Artshow. Tengok lukisan pelik-pelik buat saya gembira. Ada orang guna toilet tissue, tiket saman JPJ, pintu kayu buruk, laci, suis letrik buat arts. Mati-mati saya ingat lukisan kena sabotaj. Rupanya they are all part of the art itself.

Saya ter’wow’ sekejap.

P/S : free free nanti saya upload arts pelik-pelik itu. tapi gambar sedikit huduh bcos snap dengan kamera talipon.

Mezs Unveiled

Hari itu saya dapat mesz yang pelbagai.

Yang bila saya baca, macam-macam reaksi ada.

Makanya, saya ingin berkongsi sedikit..

* ada si polan yg kecil hati saya tak ingat namanya dalam kelas.

Maaf ya. Ampun sangat sangat. Saya mencuba mengingat mereka satu persatu. Dan malang untuk yang yang berkecil hati , ‘my memory failed me that day’.

But if this could make her feel better, sekarang saya akan ingat dia sampai bila-bila. Kerana dia istimewa.

* ada yang mahu jadi seperti saya satu masa nanti

Dia boleh jadi macam saya. Tapi saya tak mahu begitu kerana saya mahu dia jadi lebih baik dari saya. Kerana saya masih banyak kurangnya.

Dan bila saya lihat dia, saya rasakan dia manusia hebat. Jadi dia tiada alasan untuk tidak menjadi lebih baik. Dengar ya, saya ulang sekali lagi, ‘anda harus menjadi lebih baik dari saya’

* ada yang buat air mata saya menitis

Bukan salah saya, tetapi saya rasa ’she is the master of taming people’s heart’. Dalam banyak-banyak nota yang saya terima, nota dia paling menyentuh hati saya.

Saya tidak boleh beri sebab mengapa, tapi saya yakin itulah bakat dan kekuatan dia. Memegang hati manusia.

* ada yang pesan suruh fikir yang baik-baik belaka

Terima kasih banyak-banyak. Sebab memang saya rasa saya kena perbaiki hal ini. You are shooting on the right spot.

Saya cuba menjernihkan fikiran dan juga hati, tapi saya akui.. sukar. Tapi saya akan cuba lagi. Because we have paradise that is worth fighting for. And I will not stop fighting.

* ada yang kata hatinya akan kosong bila saya pergi

Jangan begitu. Saya tidak akan ke mana-mana. Saya akan sentiasa bersama dia. That is only if she allows me to be there.

Dengar ya,  saya tidak akan ke mana-mana. Dan jika ada ruang itu untuk saya, akan saya jaga. Jaga dengan baik dan cantik agar ianya kekal terisi. Dan tidak dibiar kosong.

That is only if she allows me to be there.

* ada yang berkata dia akan menjadi kuat

Ya, dia harus! Kerana realiti tidak memberi muka kepada yang lemah.

* ada yang berkata ‘Jika dapat pilihan nak posting di mana? WAJEB JAWAB STF’

Saya kata no comment. Benar saya gembira mengajar anda semua, tapi saya tidak rasa STF yang terbaik untuk saya.

Dan saya dapat rasakan saya bukan yang terbaik untuk anda semua. Saya berharap dapat menerokai dunia lain.

Dan kerana hanya si Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya, saya minta agar Dia berikan saya yang terbaik itu.

* Ada yang berkata ’saya bawa bermacam-macam benda.. termasuklah muka saya yang ?!’

Kenapa ya dengan muka saya? Tidak normal ke?

* Ada yang berkata dia mula menjadi heartless

Jangan, jangan begitu. That would be the last thing in life that I would ask her to do. Dengan menutup hati, dia akan menutup banyak kebaikan dari datang kepadanya.

Buka hati dan hargai kebaikan dan mereka yang hadir dalam hidup kita. And I am solidly holding to that principle.

Principle of appreciation. Dan saya gembira dengannya.

*************************************************************************

Tuan punya badan pemilik mesz di atas. Saya minta izin untuk berkongsi. Tetapi jika mahu saya remove petikan entri yang berkenaan dengan anda, sila private message saya.

Pelangi

Orang selalu kata..

Pelangi itu indah.

Pelangi Yang Indah

Pelangi Yang Indah

Dan saya rasakan masa saya di STF macam pelangi.. hidup yang indah. Kerana jumpa manusia-manusia yang macam-macam. Macam pelangi juga. Mereka warnai hidup saya. Dengan macam-macam ragam.

Manusia-manusia yang saya temui mereka tinggalkan kesan kepada saya. Saya percaya, hidup sia-sia jika setiap pertemuan tidak diisi dengan perkara-perkara yang baik. Sekalipun ianya pertemuan 5 minit. ianya harus berakhir dengan kebaikan. Dan sepertimana mereka telah memberi kesan terhadap saya, saya juga berharap saya telah memberi kesan terhadap mereka juga. Sesuatu yang baik.

Semasa saya hendak pergi, saya terima ‘mesz’ yang macam-macam. Tersengih-sengih saya baca. Macam-macam hal la budak-budak nih. I am seeing ‘a mesz is more than just a piece of paper’..There lies a value of appreciation.. very very deep appreciation and for that I sincerely thanked whoever sent me one.

Saya belajar macam-macam dari mereka. Saya dapat pengalaman yang saya tak pernah fikir akan jumpa di mana-mana. Malahan tak tahu langsung ianya wujud. Tapi sekali lagi, saya bersyukur. Banyak-banyak bersyukur kerana saya membesar dewasa dengan pengalaman yang berharga.

Saya jumpa manusia yang hebat-hebat. Selalu saya renung mata mereka dan katakan ‘i wonder how far will you go’. Saya tidak boleh berhenti bertanyakan soalan itu. Mereka hebat. Manusia hebat. Dan saya boleh bayangkan yang mereka akan berjaya, pergi jauh. Dan mereka mungkin tidak lihat lagi apa yang saya lihat, tapi saya percaya suatu hari nanti mereka akan faham apa yang saya maksudkan.

Yang dalam diri mereka terdapat potensi. Kekuatan yang sangat besar yang akan membawa mereka jauh.

Dan saya doakan setiap satu mereka.. dari jauh-jauh di sini. Saya doakan yang terbaik untuk masing-masing.

Saya doa dalam-dalam.

farewell

i hate to say this..

‘i’m quite sure that i’m gonna miss STF badly’  T T

not missing the crappy lesson plan making that hurt my brains, the education system that i despised.. here and there.. not all though

but i’m really gonna miss the students

and saying goodbye is never never easy for me.. as always. it’s really hard to walk away when you meet special people..

that’s the main reason i chose not to stay in STF in last few days. i’m spacing myself out so that i can less likely get hurt. silly theories for some maybe, but spending more and more time with these people is hard to be done.

i learnt something from my past experiences back in UK. if we are appreciating someone who walks through our door, then say it. put it across. let he/she knows.

and i am appreciating those lovely people here who walk through me, appreciating me as human being and for some reason

making me happy after my long sorrow moments in Malaysia. Yes, pretty much I smiled more, I’m getting all my energy back and I’m recharging.

Again guys, girls thank you very very much from deep inside my heart.

No better words to say this, but zillion thanks..

love you guys to death

PEN’CELAKA’AN

Maaf…

 

Tajuk entri kali ini kasar bunyinya..

 

Tapi, saya rasakan saya ke arah mencelakakan hidup saya.. Nauzubillah..

Sekarang saya rasakan hidup saya bersimpang siur. Saya melepasi hari-hari tanpa visi yang teguh. Hidup sekadar melepasi syarat..Maka berlalulah hari saya, dan tiada keutamaan tercapai.

Saya sentiasa mahu hidup dengan perasaan ‘I’ve done something great today’. tetapi malangnya, ia tidak berlaku lagi sekarang.

Selepas pulang dari UK, saya perasan sesuatu. Rupanya untuk jadi ‘lone ranger’ di Malaysia ini harus memiliki kekuatan sebesar-besarnya. Kalau sekadar guna enjin biasa, akan cepat putus asa. Survival memerlukan ‘enjin turbo’. Lagi-lagi jika mahu terus hidup dan kekal memberi.

Dan saya masih berusaha meng’upgrade’ enjin biasa-biasa ke enjin turbo.

 

Alkisahnya, saya kehilangan kertas kerja. Dan saya geram tak geram cuba untuk tidak berperasaan (tak boleh emo, nanti berperangai hodoh). Dan kertas kerja ini menuntut saya cross parit, langkah pembahagi jalan, panjat tembok berulang-alik petang-petang untuk menyiapkannya.  Dan sekarang saya telah kehilangannya di tangan pihak lain.

Dan saya tak peduli. Sekiranya tangan-tangan ghaib merembat paper work saya sebagai jalan mudah, bahawasanya anda telah merampas hak saya. dan saya akan ingat dan saya akan tuntut kembali hak saya. 

Ohh senangnya menggunakan ‘prinsip Macchievelli’ dalam hidup! Ketahuilah MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA’ please..

Saya mempunyai kekangan masa untuk menghasilkan kertas kerja yang baru. Dan saya tidak pasti jika saya boleh menjadikannya kenyataan memandangkan keadaan saya yang tiada masa untuk diri sendiri apatah lagi untuk perkara lain sekarang.

Kenapa ya saya merasakan seperti mahu berundur dan mengalah..

 

 

TAPI SAYA TAK PATUT!!!

« Newer Posts - Older Posts »