YANG RAWAK
September 13, 2009 by isminurhayati
1. Saya sudah menemui teknik ajaib untuk ‘mengimpress’ pelajar-pelajar saya hebat (mereka pelajar berkiblatkan tuisyen, jika saya tak cukup best mereka tak akan layan saya).
Beri soalan susah-susah. Nanti baru mereka tumpukan perhatian pada saya.
2. Selang waktu, saya masih menapak kaki ke STF. Berjumpa teddy dan baby senior saya.
I guessed I will never be able to get over that place.
Jumpa mereka. Tanya khabar. Gelak- gelak. Main catur bestari (yang maha best sbb intellectually challenging + saya menang hokeh!!).
P/S : Kepada yang bermain hari itu, saya menunggu Liga Catur Bestari Pusingan Kedua!!!
3. Saya tengah fikir tentang Emily. Rakan sekuliah di UK yang saya jemput beraya di Batu Pahat.
Dia akan ambil bas 19hb dari Kangar ke Melaka. Jalan sesak ke tak ye? Saya harap sungguh dia tak beraya dalam bas ekspress nanti.
4. Pelajar saya tanya
‘Teacher dah buat vision board teacher balik ke?’
Saya jawab
‘Sudah’
Saya tulis semula impian saya yang tinggi melangit tu besar-besar supaya saya ingat tak lupa. Kali ini memang gila melangit saya bermimpi.
5. Pesanan ringkas.
‘Jangan sesekali mengajar orang buat perkara tidak elok’.
Ada seorang tua di tempat kerja saya yang menyuruh saya tidak bercakap benar. Sehingga kini walaupun boleh ber Hi Bye Bye dengannya, parut luka masih tetap ada. Saya hilang kepercayaan pada dia. Mohon sembah derhaka puan!!!
6. Ada manusia beritahu saya dia tidak mahu menjadi kuat lagi.
Nasihat saya,
‘We fight our own battle babe!! Salvation lies within self. Surrender now and you’ll lose the battle forever’
Saya percaya yang masing-masing perlu menyelamatkan diri sendiri. Jika tunggu super hero mengetuk pintu ‘knock knock’, ia mungkin takkan berlaku.