Nasib Si Mentimun
September 14, 2009 by isminurhayati
Kasihan..
Kasihan dengan si mentimun.
Dihenyak-henyak. Mentang-mentang jawatannya kecil, kau buat dia seolah-olah tidak ada hati perasaan.
Di atas mentimun yang malang sentiasa ada mentimun yang lebih besar(baca perasan besar), kononnya organiklah, guna baja baguslah, benih baiklah.
Saya kata ‘Boleh belahhh!!!’
Hakikatnya, masing-masing adalah mentimun. Mentimun pada dunia yang tersendiri. Setiap satu akan terus mencari mentimun-mentimun yang lebih kecil untuk diseksa jiwa raga.
Memang itu ragam dunia ya?
Jika semuanya mentimun, siapa duriannya?
Tolong jawab bagi pihak saya.
P/S : Saya tak mahu jadi mentimun mahupun durian. Saya hanya mahu jadi diri saya.
Saya suka mentimun Jepun. Empulur kecil, kurang berair, lebih rangup, lebih yummy!!!
