Ayat Ajaib
September 16, 2009 by isminurhayati
Saya ada satu ayat ajaib yang sering digunakan sekiranya dalam masalah. Ayat tersebut adalah
‘Apa boleh kita lakukan sekarang untuk selesaikan isu ini?’
Ayat ini memang magis. Kebiasaannya memacu kepada penyelesaian. Dan menyelamatkan saya di akhir hari.
Baru-baru ini saya gunakan lagi.
Bila saya ucapkan ‘Apa boleh kita lakukan sekarang untuk selesaikan isu ini?’
Saya dapat jawapan ‘Tak boleh buat apa-apa dah’ (baca dengan nada seolah-olah dunia akan kiamat dan harapan tidak wujud lagi)
Tak tahu bagaimana hendak saya gambarkan dengan lebih mendalam respon itu. Tapi dalam Bahasa Inggeris jawapannya ala-ala ‘We’re screwed!’. Tiada harapan. Ayat keramat saya tidak berkesan.
Dalam hidup, saya sentiasa percayakan penyelesaian. Jadi solution –oriented bukannya problem oriented. Masalah memang datang dan pergi. Tak boleh lari. Dan mungkin ada yang cuba lari, atau paling tidak jadi pemerhati. Mungkin komplen sana-sini atau jadi tukang mencaci dan mengeji.
Tetapi, pokok pangkalnya, dengan menjadi reaktif atau pasif kita takkan ke mana-mana. Jadilah proaktif. Kurangkan masalah yang sedia banyak di dunia.
Jangan hidup jadi dedalu.
P/S : Saya suka selesaikan masalah cepat-cepat. Tak mahu hidup stress. Tak mahu kena darah tinggi dan sakit jantung kerana fikirkan perkara picisan.