PEN’CELAKA’AN
March 28, 2009 by isminurhayati
Maaf…
Tajuk entri kali ini kasar bunyinya..
Tapi, saya rasakan saya ke arah mencelakakan hidup saya.. Nauzubillah..
Sekarang saya rasakan hidup saya bersimpang siur. Saya melepasi hari-hari tanpa visi yang teguh. Hidup sekadar melepasi syarat..Maka berlalulah hari saya, dan tiada keutamaan tercapai.
Saya sentiasa mahu hidup dengan perasaan ‘I’ve done something great today’. tetapi malangnya, ia tidak berlaku lagi sekarang.
Selepas pulang dari UK, saya perasan sesuatu. Rupanya untuk jadi ‘lone ranger’ di Malaysia ini harus memiliki kekuatan sebesar-besarnya. Kalau sekadar guna enjin biasa, akan cepat putus asa. Survival memerlukan ‘enjin turbo’. Lagi-lagi jika mahu terus hidup dan kekal memberi.
Dan saya masih berusaha meng’upgrade’ enjin biasa-biasa ke enjin turbo.
Alkisahnya, saya kehilangan kertas kerja. Dan saya geram tak geram cuba untuk tidak berperasaan (tak boleh emo, nanti berperangai hodoh). Dan kertas kerja ini menuntut saya cross parit, langkah pembahagi jalan, panjat tembok berulang-alik petang-petang untuk menyiapkannya. Dan sekarang saya telah kehilangannya di tangan pihak lain.
Dan saya tak peduli. Sekiranya tangan-tangan ghaib merembat paper work saya sebagai jalan mudah, bahawasanya anda telah merampas hak saya. dan saya akan ingat dan saya akan tuntut kembali hak saya.
Ohh senangnya menggunakan ‘prinsip Macchievelli’ dalam hidup! Ketahuilah MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA’ please..
Saya mempunyai kekangan masa untuk menghasilkan kertas kerja yang baru. Dan saya tidak pasti jika saya boleh menjadikannya kenyataan memandangkan keadaan saya yang tiada masa untuk diri sendiri apatah lagi untuk perkara lain sekarang.
Kenapa ya saya merasakan seperti mahu berundur dan mengalah..
TAPI SAYA TAK PATUT!!!
sape yg rembat ketas keje ko?
mabeles sgt ke hasil keje ko tuhh..hehe
oii macik, bukan sebab marbeles ke tak..
ko tau tak gomen nyer sytle yg kao kena mintak signature berjela2.. pastu lak org2 nih selalu kuar outstesen..
carik diorang nih cam nightmare