Feed on
Posts
comments

Ayat Ajaib

Saya ada satu ayat ajaib yang sering digunakan sekiranya dalam masalah. Ayat tersebut adalah

‘Apa boleh kita lakukan sekarang untuk selesaikan isu ini?’

Ayat ini memang magis. Kebiasaannya memacu kepada penyelesaian. Dan menyelamatkan saya di akhir hari.

Baru-baru ini saya gunakan lagi.

Bila saya ucapkan ‘Apa boleh kita lakukan sekarang untuk selesaikan isu ini?’

Saya dapat jawapan ‘Tak boleh buat apa-apa dah’ (baca dengan nada seolah-olah dunia akan kiamat dan harapan tidak wujud lagi)

Tak tahu bagaimana hendak saya gambarkan dengan lebih mendalam respon itu. Tapi dalam Bahasa Inggeris jawapannya ala-ala ‘We’re screwed!’. Tiada harapan. Ayat keramat saya tidak berkesan.

Dalam hidup, saya sentiasa percayakan penyelesaian. Jadi solution –oriented bukannya problem oriented. Masalah memang datang dan pergi. Tak boleh lari. Dan mungkin ada yang cuba lari, atau paling tidak jadi pemerhati. Mungkin komplen sana-sini atau jadi tukang mencaci dan mengeji.

Tetapi, pokok pangkalnya, dengan menjadi reaktif atau pasif kita takkan ke mana-mana. Jadilah proaktif. Kurangkan masalah yang sedia banyak di dunia.

Jangan hidup jadi dedalu.

P/S : Saya suka selesaikan masalah cepat-cepat. Tak mahu hidup stress. Tak mahu kena darah tinggi dan sakit jantung kerana fikirkan perkara picisan.

Nasib Si Mentimun

Kasihan..

Kasihan dengan si mentimun.

Dihenyak-henyak. Mentang-mentang jawatannya kecil, kau buat dia seolah-olah tidak ada hati perasaan.

Di atas mentimun yang malang sentiasa ada mentimun yang lebih besar(baca perasan besar), kononnya organiklah, guna baja baguslah, benih baiklah.

Saya kata ‘Boleh belahhh!!!’

Hakikatnya, masing-masing adalah mentimun. Mentimun pada dunia yang tersendiri. Setiap satu akan terus mencari mentimun-mentimun yang lebih kecil untuk diseksa jiwa raga.

Memang itu ragam dunia ya?

Jika semuanya mentimun, siapa duriannya?

Tolong jawab bagi pihak saya.

P/S : Saya tak mahu jadi mentimun mahupun durian. Saya hanya mahu jadi diri saya.

Saya suka mentimun Jepun. Empulur kecil, kurang berair, lebih rangup, lebih yummy!!!

YANG RAWAK

1. Saya sudah menemui teknik ajaib untuk ‘mengimpress’ pelajar-pelajar saya hebat (mereka pelajar berkiblatkan tuisyen, jika saya tak cukup best mereka tak akan layan saya).

Beri soalan susah-susah. Nanti baru mereka tumpukan perhatian pada saya.

2. Selang waktu, saya masih menapak kaki ke STF. Berjumpa teddy dan baby senior saya.

I guessed I will never be able to get over that place.

Jumpa mereka. Tanya khabar. Gelak- gelak. Main catur bestari (yang maha best sbb intellectually challenging + saya menang hokeh!!).

P/S : Kepada yang bermain hari itu, saya menunggu Liga Catur Bestari Pusingan Kedua!!!

3. Saya tengah fikir tentang Emily. Rakan sekuliah di UK yang saya jemput beraya di Batu Pahat.

Dia akan ambil bas 19hb dari Kangar ke Melaka. Jalan sesak ke tak ye? Saya harap sungguh dia tak beraya dalam bas ekspress nanti.

4. Pelajar saya tanya

‘Teacher dah buat vision board teacher balik ke?’

Saya jawab

‘Sudah’

Saya tulis semula impian saya yang tinggi melangit tu besar-besar supaya saya ingat tak lupa. Kali ini memang gila melangit saya bermimpi.

5. Pesanan ringkas.

‘Jangan sesekali mengajar orang buat perkara tidak elok’.

Ada seorang tua di tempat kerja saya yang menyuruh saya tidak bercakap benar. Sehingga kini walaupun boleh ber Hi Bye Bye dengannya, parut luka masih tetap ada. Saya hilang kepercayaan pada dia. Mohon sembah derhaka puan!!!

6. Ada manusia beritahu saya dia tidak mahu menjadi kuat lagi.

Nasihat saya,

‘We fight our own battle babe!! Salvation lies within self. Surrender now and you’ll lose the battle forever’

Saya percaya yang masing-masing perlu menyelamatkan diri sendiri. Jika tunggu super hero mengetuk pintu ‘knock knock’, ia mungkin takkan berlaku.

Worst Nightmare

Kebelakangan ini..

Saya ada mimpi ngeri..

Posting Sabah Sarawak….

Awal-awal, saya tak skeptikal sangat tentang posting di sana..

sehingga orang bercerita..

Tak gosok gigi..

Tak shampu kepala..

Kehabisan produk rawatan muka..

Sewa landrover RM1500 untuk pergi balik bandar..

Ke bandar 3 bulan sekali..

Berumah di tepi sungai, memetik gitar menyanyi meluahkan lara hati..

Mengelap hingus pelajar sambil diri sendiri berhingus..

Ohh tidakk!!

Ampun.. tak nak posting sana..

Hari ini, dalam bosan berkursus..

seorang rakan slipped a note…

Coffee…

Chocolate…

Man…

“…..The richer the better….”

That’s sooo true.. :P

At least, a point to laugh at and it did lighten up my day.. Hahahaha

Mari list down makanan yang saya rindu

1. Cendol ‘Ane’ dekat bus station lama BP. Cendol marbeles setakat ini yang saya jumpa. Teringat-ingat rindu..

Ane mengisar ais untuk cendolnya.. yummy!!

2. Baklava. Manisan tradisi Arab. Extremely sweet and can be easily disliked by anyone..

Bayangkan filo pastry, bersama-sama kacang pistacio hancur dengan madu dan dibakar rangup… Wahh food to die for!!

3. Ketam masak telur asin. Ketam digoreng garing dengan daun kari dengan telur asin kuning. Harga.. 2 ekor for RM45.. Boleh la layan occasionally.

Cuba2 carik resepi online. Tapi so far tak jumpa lg.. T T

Wahai Mr Crab, tahukah anda yang anda sangat menarik hati?

4. Talking about food, I can sense that I am putting on weight lately.. We always know when we are getting fatter. Dan saya tak terkecuali..

Blame the carbsss…

I think I’m in serious need of good diet.. plus work out..

GRAD

1. Hari tuh kami dapat SMS

‘Korang nak grad tak?’ dari Ketua Opsyen kami..

Doesnt that sound like we have options? we can choose?

Apa yang saya faham, ya.

2. Maka majoriti kami jawab

‘Tanak grad’… (Maaf IPTI, we just couldnt be bothered with graduation.. xda perasaaan)

3. Lepas tuh tau-tau, admin reply.. takleh x grad..

Haiseh, cakap belit-belit. Apa nih..

‘Say what you mean, because we mean what you say!’.

Kata ada pilihan.. nih apa lak..

4. Rupa-rupanya, tak pernah dalam sejarah pelajar tak nak grad. Kami yang pertama…

Tak pernah pelajar kata tak nak pi.

5. Haaa, lepas tuh..Malaysian style..ceria dijaja.. heboh laa sekampus… Students P** tak nak grad..

Tau tak benda yang dipanggil personal choice.. Pandai tak nak hormati.. Kalau wajib, cakap la wajib. Jangan buat double meaning.. Kami ni faham makna yg literal. maksud tersurat mmg x faham..

6. Sekarang kami kena grad. OK, saya rasa sebenarnya kampus tiada polisi pelajar wajib Grad, tapi somehow kami tak dibenarkan memilih..

Hello, kata bagi pilihan.. Lepas tuh tarik balik pilihan.. Ape nih..

7. You know what, alang Degree Graduation di UK pun kami tak peduli.. apatah lagi di IPTI.. Bukan berlagak.. tapi itu pilihan peribadi, and with all due respect, silalah hormati dan treat kami macam orang dewasa..

At least, sekali ini..

P/S : why eh for some reason, kami tiada rasa sense of belonging here..

Uhhh gembiranya..

Tadi saya dapat bercakap dengan Hayet, setelah hampir 10 bulan tiada khabar berita

Hayet is on the very right with the angelic serene face

1. Hayet dari Algeria tapi menetap di Dubai bersama ayah dan kakaknya Radia.

2.Rasanya saya mula mengenali Hayet Ramadhan tahun kedua di UK. Saya selalu berbuka dengan Aishah, dan housematenya Zahra selalu menjemput Hayet dan Radia berbuka sama-sama.

Makan syurbah yang sangat yummy..sup tradisi Algeria.. tapi sekarang tak dpt makan lagi.. sob sob

3. Hayet ada ajar saya masakan pantas untuk exam. Rebus pasta, tuang sos bolognese straight dari botol dan taraaaa.. dinner is ready!!

Modified skit, tambah grated cheese on top.. yummy yummy

Tu masakan kecemasan, paling malas yang saya pernah buat.

4. Hayet ada kesan terbakar di tangannya..

Satu hari saya tergerak bertanya apa yang berlaku.

Kesan terbakar itu ada memori pahit. Ibunya disambar api waktu itu dia masih kecil, dan dia cuba membantu menyelamatkan ibunya.

Her mom left her in front of her very eyes.. Dan sudah pasti kesan terbakar itu ada memori pahit. Dan dia hidup dengannya setiap detik.

‘I wonder how Hayet copes’

Tapi saya tahu Hayet sangat kuat. Tak pernah mengadu apatah mengeluh. Dia tidak melihat ke belakang..

She keeps rolling..

5. Kami saling ‘declare that we are twins’.. Sharing same name..

6. Hayet ada satu gesture aka bahasa badan yang signifikan…cakap Khalas aka ‘habis’ aka end of story’ dengan tipikal gaya tangan Arab (tak tau nak describe camne)

7. Hayer bercakap laju. Kadang-kadang saya hangguk jek walau tak faham.. laju sangat tak sempat proses..

Tapi Nahar (yang paling kiri) cakap paling laju. Manusia bercakap paling laju yang pernah saya jumpa.

Pernah sekali, Nahar call saya sewaktu saya di tepi jalan besar. Bising.. Saya minta dia repeat. Tak faham juga.. repeat lagi.. repeat 3 kali.. saya tak dapat tangkap juga..

Last-last saya kata.. text me!! hahaha!! hodoh sungguh listening skill saya…

8. Sewaktu 3rd year, Hayet ada tinggal di rumah saya sebentar. dan kami belajar bersama dalam satu bilik kecil. Bersama-sama bertungkus mumus ulangkaji. Dia baca Farmasi, saya baca Fizik.

9. Bila berbual tadi, saya sedari betapa saya rindukan manusia yang bernama Hayet Zouzou..

Hayati sayang Hayet…..

Ohh Ferrari

Percaya tak??

Saya masuk Mutiara Motors showroom..

Dapat ambil gambar dan usap Ferrari yg harga lebih Rm 1 juta… milik tokey Mutiara Motors yang display kereta peribadi utk penuhkan showroom.

l

(Gambar jadi-jadian, nantilah saya upload gambar saya dan Ferrari)

Showroom nih betol2 depan maktab saya kat Larkin.. Alkisahnya, kami baru habis lunch dgn baju momot2. Lalu dpn showroom. Kemudiannya,  Cik Mumu (bkn nama sbnr) ajak saya masuk.

‘Jomlahhh, tengok kereta. Asik tengok dari luar jek, jom masuk!’ *baca dengan nada saiko*

Awal2 saya reluctant..

Haiseh, ingat mcm nak beli ikan ke?

Maklumlah mmg x berduit pun nak beli (buat masa ni)

Secondly, lately self esteem saya tergolek dog habis-habisan.. Hilang rasa self-worth tuh.. Jadi rasa tak layak nak masuk viewing..

Tapi the best part, salesman tuh layan je kami.. Hahaha!

Bukakkan kereta Subaru Impeza.. bagi kami try duduk dan feeling feeling over sekejap.

Nak pasang wishist lah.. Wishlist kereta impian

1. Saya nak Nissan Fairlady sebijik

2. Saya nak Ferrari gak (enjin 12 silinder tuh.. konpem mengaum mcm rimau bila start enjin)

Yakin Yakin!! Positiffff!! Saya Bolehhh!!

Hari Guru??

Hampir-hampir saya lupa..

esok Hari Guru!!!

Waktu di koridor bawah saya terpandang notis sambutan Hari Guru peringkat Maktab.. yang peliknya saya x rasa apa-apa.. tak ingat langsung yang sambutan tu ada kait-mengait dengan diri saya..

Sampailah pelajar saya beri testi di Friendster, baru saya ingat!! Haha.. saya bakal guru lah!!!

Ironinya..saya masih dalam latihan..belum jadik cikgu lagi..

Entah ya entah tidak saya akan lulus dan dapat jadi cikgu..

Baru tadi saya tahu, sapa-sapa yang ada tuang lebih 5 jam kelas, slip exam mungkin digantung.. Halamakkk!! *Saya ada kantoi 7 jam..

Disebabkan akauntabiliti, ‘I’ll take it, take it like a man’..

Harus disettlekan!! Biarpon harus menebalkan muka menemui Pengarah mengharapkan ihsan agar saya boleh ambil periksa..

* Saya tak hadir ke kelas kerana menemui buah hati saya yang datang dari UK (bukan buah hati macam dalam kurungan).. dia wanita okeh!!

For my defense, I want to state points to validate my action. *baca macam orang desperate*

1. Malaysia (baca Maktab) saya ini pelik, suka bagi info last minit.

Saya sudah susun jadual cantik2 untuk jumpa kawan saya, tiba-tiba dimaklumkan ada kelas ganti hari Sabtu. Tambah menyusahkan, hari Khamis kami dapat notis petang Sabtu ada kelas PAG..

Kalaulah saya dapat maklumat awal, nescaya saya jumpa kawan saya 1 minggu awal agar tak perlu saya ponteng.

2. Kawan saya ini saya ibaratkan ‘a friend to die for’. I’ll do anything to meet her again.

Dia manusia hebat. Semangatnya..Karakternya..Ketabahannya.. Budi bahasanya…Jiwanya..Antara yang tercantik pernah saya jumpa in person..

Dia antara manusia yang saya admire sungguh-sungguh. Sampaikan kadang2 bila ada masalah, saya fikir apa ya dia akan buat..jadi moral compass..

3. Waktu itu saya masih cedera parah akibat meninggalkan UK. Sasau sekejap dan tak rasional.

Makanya saya bulatkan hati ingin jumpa dia. Regardless whatever it costs or takes!!

Dan saya tak pernah menyesal..

Sampai hari ini..

*****************************************************************

Saya nak kongsi ucapan student farewell students sebelum saya habis praktikum..

Tripping down memory lane sekejap.. Rasa bahagia…

Jiwang tak dioranggg????

P/S : Selamat Hari Guru untuk diri sendiri.

Pada student dan rakan yang wish, sayang korang!!!

Errr.. yang tak wish (lupa kot), sayang korang gak.. hihiiii!…

Older Posts »